aaaaaaaaa

aaaaaaaaa
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tuesday 5 March 2013

Apabila Mati Lebih Baik atau Hidup Lebih Baik




Abu Hurairah menceritakan, Rasululla SAW berkata:
“Apabila pemimpin kamu adalah mereka yang paling baik daripada kalangan kamu, orang kaya yang ada pada ketika itu pula bersikap dermawan, dan apabila urusan kamu dibincangkan sesama kalian, ketika itu hidup adalah lebih baik daripada mati. Tetapi sekiranya , pemimpin kamu adalah golongan paling jahat, orang kaya pula terlalu kedekut, dan urusan masyarakat Islam ditentukan oleh orang perempuan. Ketika itu, kematian adalah lebih baik daripada hidup.”

Khutbah ini menceritakan bahawa kehidupan dalam masyarakat Islam yang mengikut syariat Allah adalah lebih baik.

Pemimpin yang dipilih bagi memimpin masyarakat Islam adalah orang yang paling baik daripada masyarakat Islam itu.

Golongan kaya yang dermawan memainkan peranan yang besar dalam menjadikan sebuah masyarakat harmoni. Ini kerana mereka bertanggungjawab membantu pemimpin membangunkan masyarakat.

Urusan masyarakat tidak boleh diserahkan penuhnya kepada pemimpin wanita.

Sunday 24 June 2012

Alhamdulillah....


ASSALAMUALAIKUM....
 Alhamdulillah, kita masih lagi diberi  kesempatan dan peluang untuk kita menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang HambaNya, anak, suami, isteri, pelajar dan sebagainya.. tidak lama lagi kita akan menyambut bulan yang mulIA dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan dimana umat Islam menjalani Ibadah Puasa.. semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.....

jazakallah bil khair..

Wednesday 25 January 2012

Adakah kita faham makna Taufik wal Hidayah

Kita selalu sebut dalam doa kita Taufik wal Hidayah.. tapi kita kurang faham apa maknanya yang sebenar.
Dengan ini, saya ingin coretkan di sini bukan sahaja mengingati diri anda serta diri saya sendiri. 
Taufik adalah sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T yang mana mendorong kita untuk melakukan kabaikan. Taufik tidak akan diberikan oleh ALLAH kecuali orang itu bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. Secara ringkasnya, jika dalam diri seseorang itu adanya Taufik, dia akan cenderung melakukan kebaikan  terus menerus hingga ke akhir hayat. 
 Hidayah pula, seseorang yang menganut agama Islam, telah mendapat Hidayah  ALLAH S.W.T, dan tidak semua yang mendapat Hidayah mendapat Taufik..
Wassalam.


Lirik Lagu  Nasyid: Hidayah - Hijjaz

Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita

Tuhan...
indahnya hidayahMu
sinari ruang kalbu
luruh air mataku
mensyukuri nikmatMu

c/o
ooo... Tuhan
pimpinlah hati ini
untukku menghayati ooo... petunjukMu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinanku
pada janji-janjiMu
tetap bersujud di hadapanMu
merayu jiwa aku serahkan  hanyalah untukMu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalanMu